Archive for June 24th, 2009


~buat insan yang kusayang~

suami ku sayang….

Senyummu adalah bahagiaku

Ceriamu adalah dambaku

Gelisahmu adalah kebimbanganku

Air matamu adalah kesedihanku

suami ku sayang….

Kau pelipur lara dukaku

Kau pengiring suka citaku

semoga kita sabar..atas setiap liku hidup kita…

Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta

Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang

Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu

Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..

suami ku sayang….

kaulah pelindungku….

peneman kala sunyi ku

kaulah penawar segala duka ku….

kau menerangi hidup ini…..

kau beri kan aku seribu kebahagiaan…..

suami ku sayang……

sesungguhnya aku insan lemah….

seandainya ada kata ku menyakiti hatimu….

ada tingkah ku yang buat kau sengsara…

maafkalah aku….

ampunilah setiap zarah dosa-dosaku padamu….

suamiku sayang……

aku ingin jadi isteri yang selalu menyenangkan hatimu…..

dan buat kau bahagia…

insan yang selalu kau dambakan….

insan yang kau selalu kau rindu….

satu yang bertahtha di hatimu….

wahai angin ….

Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya

“Sungguh Aku Sangat mencintaimu kerana Allah”

semoga ikatan perkahwinan yang penuh suka duka ini…

kekal selamanya….~amin~

ikhlas dari insan yang amat menyanyangi dirimu…

isterimu yang jauh…

-ayg-


24 Jun 2009 (8.45 pm-Paris)